Masalah disiplin dikalangan pelajar tidak pernah selasai malah semakin hari semakin pelbagai, rencam,kompleks dan membimbangkan. Selain daripada hukuman yang telah disenaraikan mengikut jenis dan tahap keberatan kesalahan pihak Kementerian Pelajaran malaysia sebenarnya menggunakan sepenuhnya institusi kaunseling di sekolah untuk menyedarkan dan memulihkan sahsiah,sikap,perangai,pemikiran dan budaya para pelajar yang bermasalah. Malah dalam banyak kes disiplin, proses kaunseling adalah merupakan suatu yang wajib dijalankan oleh pihak pentadbiran disiplin sekolah.
Pun demikian saya suka mengajak kita semua berfikir....adakah berkesan cara,sistem,dasar dan sebagainya dalam proses pemantapan disiplin yang diamalkan pada masa kini masih relevant atau signifikan berbanding dengan tahap kerosakan dan pengaruh yang melanda disiplin para pelajar kita? Jika anda rasa ia masih relevant maka ...bagaimanakah kita dapat mengimplimentasikannya agar dapat meminimumkan kuantiti masalah disiplin? Sebaliknya jika anda rasa perlu di buat suatu rombakan baru secara holistik dan menyeluruh terhadap dasar,proses,tatacara,sistem dan peranan kaunseling dalam membendung permasalahan disiplin dikalangan pelajar.
Sebelum ini saya ada melawat beberapa buah sekolah di sekitar Kuala Lumpur. Isu yang sama berbangkit daripada guru-guru dan kaunselor di sekolah. Mereka masih lagi buntu bagi mengatasi masalah tersebut. Salah satunya ialah masalah perkauman di antara pelajar yang datang dari perlbagai bangsa. Lebih teruk lagi pihak berkuasa seperti polis terpaksa campur tangan berikutan kes pergaduhan di sekolah-sekolah pada hari ini. Jika dilihat dari semua sudut siapa yang harus dipersalahkan? Apa yang jelas di sini ialah nisbah seorang guru dengan pelajar masih lagi diperkatakan yang mana hanya 60 guru bersamaan nisbah 1000 pelajar. Lebih menyedihkan, hanya empat atau lima orang kaunselor ditempatkan di setiap sekolah. Fikirkan hanya 10 kerat tangan ini yang ditugaskan bagi mendengar dan menyelesaikan semua masalah pelajar di sekolah. Saya masih ingat lagi salah seorang guru pernah berkata “ kalau dah 2 inci manakan jadi tujuh”. Inilah scenario sebenar yang berlaku di sekolah pada hari ini. Jadi sama-samalah kita cuba renungkan hakikat yang berlaku pada hari ini yang mana mungkin esok atau lusa akan menjadi sebahagian daripada hidup kita sebagai seorang kaunselor....
-shared by Naim-
No comments:
Post a Comment